13hb Oktober 2015-Satu bengkel khidmat bantu Slib telah diadakan di pusat sumber sekolah.Bengkel diadakan untuk tujuan membantu semula proses automasi yang telah mengalami masalah CPU dan serangan virus.Justeru, pihak sekolah telah meminta bantuan pihak Slib untuk memasang semula perisian terkini ke dalam komputer yang baharu. Selain itu, beliau juga telah memberikan sedikit bengkel mengenai tatacara penggunaan Slib kepada para guru dan staf sekolah yang turut hadir.