'NILAM' atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pendidikan yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Alhamdulillah... Pada 7 Mac 2016, jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan program ini di peringkat sekolah. Sesi pagi telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azmin Bin Atan ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran) manakala bagi sesi petang pula telah disempurnakan oleh Puan Safinar Azura Binti Salleh @ Salim (Guru Penolong Kanan Petang).
Antara aktiviti Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah;
- Anugerah Sudut Bacaan Kelas ( Tahap 1 & 2)
- Pertandingan Mewarna Kulit Buku
- Pertandingan Membaca Sipnosis Cerita
- Pertandingan Menulis Sipnosis Cerita
- Pertandingan Jejak Maklumat
- Pertandingan Literasi Maklumat
Gambar aktiviti sepanjang pelancaran Program Nilam
|
Guru-guru menyanyikan lagu NILAM. |
|
Gimik pelancaran NILAM. |
|
Perasmi Pelancaran NILAM dan minggu PSS. |
|
Banting Pelancaran NILAM. |
|
Nyayian lagu NILAM oleh murid-murid sesi petang. |
|
Puan Safinar Azura merasmikan pelancaran NILAM bagi sesi petang. |
|
Penerima anugerah pembaca bagi sesi petang. |
Disediakan Oleh;YUSNUR AIDA