21 Januari 2017

Kursus Kepimpinan Pengawas PSS dan Pengawas Sekolah.

Kursus Kepimpinan Pengawas PSS dan Pengawas Sekolah.
21 Januari 2017.


          Pada hari Sabtu ,21 Januari 2017,satu program Kursus Kepimpinan Pengawas PSS dan Pengawas Sekolah telah berjaya diadakan. Program tersebut merupakan anjuran bersama Unit Kaunseling, Unit Pusat Sumber dan Unit Disiplin.Seramai 40 orang murid pengawas pusat sumber telah menyertai kursus tersebut. Program telah bermula pada jam 7.30 pagi dengan sesi pendaftarn dan tamat jam 1.00 tengah hari.Kursus ini dapat memantapkan sahsiah murid-murid dan mereka lebih berketrampilan sebagai barisan kepimpinan sekolah.

Image may contain: 3 people


Image may contain: 1 person

Image may contain: 5 people, people standing, crowd and outdoor

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor


Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people and outdoor


13 Januari 2017

Orientasi Tahun 1 2017

Orientasi Tahun 1 2017
13 Januari 2017.

           Murid-murid darjah 1 telah diberikan pendedahan khas tentang kepentingan memasuki pusat sumber sekolah dalam satu aktiviti atau program orientasi khas untuk murid-murid cilik darjah 1.Pada tahun ini,kami mempunyai 3 buah kelas tahun 1 iaitu 1 Gemilang, 1 Cemerlang dan 1 Wawasan. Setiap kelas telah dibawa ke pusat sumber dan mereka diberikan penerangan tentang peraturan-peraturan pusat sumber yang perlu mereka patuhi. Semua murid kelihatan teruja untuk memasuki pusat sumber kerana ini mungkin pengalaman pertama mereka. Semoga semua murid tahun 1 akan seronok belajar di sekolah kami..😊



Image may contain: 6 people, people smiling

Murid-murid diajar beratur dan menyusun kasut di rak sebelum masuk ke pusat sumber

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Murid-murid diajar mencari buku sendiri

Image may contain: 1 person

Selepas baca,buku-buku haruslah diletakkan di rak yang sepatutnya dan susun dengan kemas

Image may contain: 3 people, people sitting and people eating

Aktiviti santai- melukis gambar binatang yang terdapat di dalam buku cerita

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Wakil murid setiap kelas diminta bercerita pendek di atas pentas mini.

Image may contain: 5 people

Murid juga perlu memasukkan semula kerusi masing-masing jika hendak keluar dari pusat sumber.

7 Mac 2016

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN MINGGU PSS 2016

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN MINGGU PSS 2016

'NILAM' atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pendidikan yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. 

Alhamdulillah... Pada 7 Mac 2016, jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan program ini di peringkat sekolah. Sesi pagi telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azmin Bin Atan ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran) manakala bagi sesi petang pula telah disempurnakan oleh Puan Safinar Azura Binti Salleh @ Salim (Guru Penolong Kanan Petang). 

Antara aktiviti Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah;
  1. Anugerah Sudut Bacaan Kelas ( Tahap 1 & 2)
  2. Pertandingan Mewarna Kulit Buku
  3. Pertandingan Membaca Sipnosis Cerita
  4. Pertandingan Menulis Sipnosis Cerita
  5. Pertandingan  Jejak Maklumat 
  6. Pertandingan Literasi Maklumat

Gambar aktiviti sepanjang pelancaran Program Nilam


Guru-guru menyanyikan lagu NILAM.

Gimik pelancaran NILAM.

Perasmi Pelancaran NILAM dan minggu PSS.

Banting Pelancaran NILAM.

Nyayian lagu NILAM oleh murid-murid sesi petang.

Puan Safinar Azura merasmikan pelancaran NILAM bagi sesi petang.

Penerima anugerah pembaca bagi sesi petang.



Disediakan Oleh;YUSNUR AIDA

1 Februari 2016

WATIKAH LANTIKAN PENGAWAS SESI 2016

Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah Tahun 2016      

 Pada 1 Februari 2016 (Isnin) telah diadakan "Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah" bertempat di tapak perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Pulau Meranti iaitu Pn. Siti Habsah Binti Ahmad.Seramai 51 orang murid telah dilantik sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber seramai 43 orang.
                 Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber  merupakan satu badan khidmat sokongan kepada pihak pentadbiran sekolah. Peranannya amat penting dalam membantu pihak sekolah dalam memastikan peraturan dan pengurusan sekolah berjalan lancar. Matlamatnya adalah melahirkan pemimpin yang berwibawa dari kalangan pelajar supaya mampu untuk memimpin dan menggerakkan badan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber sebagai satu badan khidmat sokongan yang disegani dan dihormati serta berupaya membantu sekolah melahirkan generasi pelajar yang cemerlang.




16 Januari 2016

Kursus kepimpinan Pengawas PSS 2016

Kursus Kepimpinan Pengawas PSS 2016
Januari 2016

KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN DAN KETERAMPILAN 2016


Kursus Pemantapan Kepimpinan Dan Keterampilan 2016 telah dilaksanakan pada 16 Januari 2016 (Sabtu) pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kursus ini adalah anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling kerjasama bersama Pusat Sumber Sekolah dan Unit Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kursus ini diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugasan harian. Keterampilan pemimpin mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang. Antara objektif kursus ini ialah dapat mengenalpasti nilai-nilai serta  ciri-ciri seorang pemimpin yang baik, membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin, memurnikan tugas harian dan menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid. Sasaran kursus ini adalah kepada Pengawas Sekolah (50 orang) dan Pengawas Pusat Sumber( 40 orang). Slot 1 dimulakan dengan Ceramah Kepimpinan yang dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Fazli Bin Abdul Manaf (GPK Pentadbiran SK Sungai Melut (A) Sepang). Slot 2 ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dipimpin oleh Puan Norjaya Binti Sumaleh dan Puan Roshida Binti Nayan bagi Pengawas Sekolah. Manakala Puan Salinda Binti Kadri dan Puan Rose Halina Binti Jedin bagi LDK Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Kursus ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. 


LENSA KAMERA




















Laporan Disediakan:
PUAN YUSNUR AIDA BINTI YUSOF